Thursday, March 13, 2014

Sedikit Penangan Keyboard Untuk Tahun 2014. (mungkin akan ada sambungan lepas ni)

BY zuhdi 2 comments


Dah tahun 2014, lama betul saya tak menulis untuk blog ni.  Sibuk sangat dengan kehidupan di universiti agaknya sampai tak ada masa sangat nak update blog. Tak percaya ha pergi tengok last post sebelum ni tahun bila.





Saya suka gambar ni, ada macam-macam maksud tersirat yang boleh ditafsirkan dari gambar ni. Masa ni saya pergi melawat Masjid Kristal di Kuala Terenngganu bersama seorang kenalan lama saya di UiTM Kuantan, Aizat atau nama panggilannya Menyor. 

Oh ya sekarang ni saya dah pun berada di semester ke-lapan, iaitu semester terakhir saya di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu. Kiranya dah jadi super senior la ni untuk junior-junior saya kat sini. hahahaha

Banyak juga pengalaman menarik semasa kat UniSZA yang nak saya ceritakan kat blog ni tapi sampai sekarang masih belum ada kesempatan, atau mungkin juga masih belum ada kemahuan membuak-buak untuk menulis panjang-panjang.

Nantilah kalau ramai call atau mesej saya lepas ni nak tau apa benda yang best yang saya alami, saya hadapi atau saya buat semasa saya meneruskan pengajian saya kat universiti tu, mungkin akan saya pertimbangkan untuk cerita kat sini. Kalau ada la kann. :p


Jumpa lagi.

#PrayForMH370