Monday, November 01, 2010

Definisi Facebook..

BY zuhdi IN , , , 4 comments

Definisi "Facebook" bagi saya ialah sebuah majalah yang setiap hari ade je keluaran baru, dimana ia berkisar tentang gambar orang, status orang, nota orang, hubungan orang, dinding orang dan biodata orang..Menakjubkan, majalah ini percuma dan tidak terdapat di kedai majalah..

Friday, May 07, 2010

Nama Panggilan Saya...

BY zuhdi 46 comments

Ada yang panggil Zuhdi, ada yang panggil Madzuh, ada juga yang panggil Di sahaja...  Selain itu, yang panggil Mad pun ada...  Hari tu teacher english panggil saya    The Zuhdi dalam kelas...

Monday, May 03, 2010

Permohonan Untuk Menjadi Angkasawan Negara

BY zuhdi IN , 13 comments

Butiran Maklumat Calon Angkasawan Malaysia 2010

Nama : Zuhdi Johan 
Umur : 19 
Berat : 40 kg 
Tinggi : Tak ingat cm 
Tempat lahir : Hosp. Mentakab 
Jenis darah : Merah 
Rabun : Ya 
Status : Bujang, single 
Tempat Tinggal : Temerloh, Pahang 
No. Telefon : No tepon rumah ke henset?
E-mail : ---@yahoo.com 


*Harap-harap permohonan saya berjaya diterima.

Friday, April 02, 2010

Mari Lihat Gambar Awek Saya..

BY zuhdi IN , , , , 13 comments


Nama diberi Lenovo B450..
Jangan bising-bising kalau ternampak saya tengah dating dengan awek saya ni di Temerloh ea..

" Bukan main aok skang ye, dah ade awek.. " kata salah seorang rakan kampung saya... Saya terdiam, lalu tersengih-sengih sambil mengusap awek saya...


Tuesday, January 26, 2010

Status Saya Buat Masa Ini..

BY zuhdi 12 comments

Saya sekarang ni kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.. Lepas ni makan nasi putih dengan air kosong je kat restoran.. Twisties dengan maggie pun dah naik harga skang, jadi beli kuaci lebih jimat..


Tuesday, January 19, 2010

Wallpaper Baru..

BY zuhdi IN , , , 4 comments


Ok, ini untuk bebudak TESL UiTM Kuantan 09/10 ya..

* Sesiapa berminat untuk mendapatkan wallpaper ini, sila hubungi saya.. Dan ia adalah percuma!!

Sunday, January 03, 2010

Perbuatan Yang Agak Merbahaya...

BY zuhdi 2 comments

Pada kali ini saya telah melakukan sesuatu yang agak merbahaya; tidak menyiapkan lagi semua assignment yang telah diberi untuk cuti mid-sem. Saya akan bekerja keras menyiapkannya ya. Harap-harap drebar bas Transnasional tu cun lah, senang sket saya menaiki bas itu untuk kembali ke kampus...