Thursday, May 21, 2009

Saya terlibat dalam kemalangan...

BY zuhdi 65 comments

Pada 18/05/09, hari Isnin, saya telah pergi ke Kuantan. Saya bertolak dari Temerloh dengan menaiki motosikal yang dibawa abang saya. Tujuan utama kami ke Kuantan ialah untuk mengambil duit di Yayasan Pahang.

Kemudian, setelah urusan di Yayasan Pahang selesai, kami berdua pergi makan tengahari di Megamall. Pada sebelah petangnya, saya memberitahu abang saya untuk menaiki bas sahaja pulang ke rumah. Abang saya ok sahaja, kerana dia faham perjalanan menaiki motosikal sungguh memenatkan, lagipun cuaca pada waktu tersebut juga tidak mengizinkan.


Saya pergi ke kaunter tiket Transnasional untuk menempah tiket. Saya diberitahu tiket Kuantan-Temerloh yang paling awal ialah pada pukul 8.00 malam, lalu saya terus membelinya.. Jam menunjukkan pukul 6.15 petang, dan saya menggunakan masa yang ada untuk menunaikan solat Asar di surau Terminal Makmur. Kemudian saya menghabiskan masa sambil berjalan-jalan di kawasan sekitar terminal.


Pada pukul 7.25 saya makan malam di restoran berdekatan. Kemudian, saya mula ke surau terminal untuk solat Maghrib. Saya sudah berada di atas bas pada pukul 7.55 malam. Bas bertolak beberapa minit kemudian. Saya tertidur setelah lebih 20 minit berada di atas bas..

Tiba-tiba, bas yang saya naiki bertembung dengan sebuah lori semasa di Gambang. Saya terjaga, tetapi muka saya sudah berlumuran dengan darah. Ada orang mengusung saya keluar dari bas. Saya dibaringkan di atas tanah.


Saya bernasib baik kerana terdapat seorang gadis sudi menemani saya, sementara menunggu ketibaan ambulans. Gadis tersebut menelefon ayah saya dan memberitahu keadaan saya. Ketika itu, saya masih mamai, maka wajah gadis itu tidak dapat saya ingat lagi. Bagaimanapun, saya sangat berterima kasih atas jasanya itu.

Setibanya di Hospital Tengku Ampuan Afzan(HTAA) , saya dimasukkan ke dalam wad. Impak dari kemalangan itu, saya mengalami luka yang banyak di bahagian kepala, leher, tangan, lengan, siku dan lutut. Darah mengalir deras di baju dan seluar saya. Jururawat dan doktor sedang berusaha membersihkan luka-luka saya.

Ayah dan abang saya sampai pada malam itu juga, manakala emak, atuk serta ahli keluarga saya yang lain sampai pada keesokan harinya. Saya menerima beberapa jahitan di dahi, siku, dan lengan. Saya keluar dari HTAA pada 19/05/09, hari Selasa..

Saya mendapat tahu, dua orang terbunuh dalam kemalangan itu, dan enam orang lagi cedera parah.
Beginialah keadaan bas yang saya naiki selepas kemalangan itu.. Ini pula keadaan lori yang merempuh bas yang dinaiki saya.. Bagaimana pula dengan keadaan saya? Baiklah, saya siarkan juga, beberapa keping gambar kecederaan yang dialami saya..Terima kasih kepada Fizie(Tiger) kerana sudi mengambil gambar-gambar ini untuk saya menggunakan ensetnya..
Saya bersyukur kepada tuhan, kerana masih bernyawa dan diberi peluang untuk melihat dunia setelah kemalangan tersebut terjadi kepada saya. Terima kasih diucapkan kepada keluarga saya, yang sentiasa berada di sisi untuk memberikan sokongan kepada saya.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua individu yang telah membantu saya sama ada secara langsung atau tidak langsung ketika peristiwa tersebut berlaku. Dan akhir sekali, kepada semua pembaca belog saya, teruskan membaca, jumpa lagi pada masa akan datang..


Tuesday, May 12, 2009

Kepada semua followers blog saya...

BY zuhdi IN , , 26 comments

Saya baru balik bertapa dari Gua Musang Berjanggut nih..

Baru-baru ni saya dihantui satu masalah yang menyebabkan saya terpaksa mengembara ke situ bagi mencari jalan penyelasaiannya..

Masalah itu ialah ;

Bagaimana caranya kalau saya boleh senantiasa berhubungan dengan anda semua followers blog saya ni?

Hmm, sambil-sambil memikirkan masalah yang melanda diri ini, sempat juga saya melahap beberapa peket mee Sedapp yang dibeli di supermarket berdekatan..

Tiba-tiba si Dewa Kambing Gurun Bertanduk Tujuh hantar sms kat saya..

"Wahai, Zuhdi, apa kata kamu suruh je semua followers kamu tu letak alamat blog diorang masa komen artikel ni nanti.. Senang sket kamu nak jejak diorang semua.."

Saya terus melompat katak dari tempat persilaan lalu men-transfer kredit airtime Xpax sebanyak RM5 kepada dewa itu, atas kerana idea bernas yang diberinya..

Jadi, saya ingin memohon kerjasama semua bloggers yang telah mem-follow blog saya agar meletakkan alamat blog masing-masing semasa mengkomen artikel ini ya..

Nanti senanglah saya nak melawat blog anda semua.. Lagipun, dengan berbuat macam tu, saya dan followers blog ini juga boleh sentiasa bersentuhan (keep in touch)..

Ok, saya ade hal nak ke Kuantan pula lepas ni!! Jadi, saya harap anda semua followers blog ni boleh mula berlatih menaip alamat blog masing-masing di ruangan komen ye..