Monday, February 23, 2009

Tagged!! (Soalan-soalan Panas!!)

BY zuhdi IN , , , , , , , 2 comments

P_ _ _ _ _(bukan nama sebenar) tagged aku!

A) People who have been tagged must write their answers in their blog.
B) Tag 8 people to do this quiz.
C) Continue this game by tagging 8 other people


My special 8

1.Sieyla...
2.Syahirah Azmi...
3.Noxy...
4.Luqmal...
5.Naderk...
6.Shawn...
7.Jamil...
8.Aaina...


1.What have you been doing recently?
I was thinking, silently...

2.Do you ever turn your cell phone off?
ade, sebab nak tukar sim card...

3.What happened at 10am today?
aku menjemur baju dan mencuci pinggan..

4.When did you last cry?
aku? sewaktu dilahirkan kot...

5.Believe in fate/destiny?
I do..

6.What do you want in your life now?
I want money, hehehe...

7.Do you carry an umbrella when it rains or just put up your hood?
ohh, aku pakai topi la...

8.What's your favourite thing to do on the bed?
listening to music...

9.What bottoms are you wearing now?
rahsia....

10.What's the nicest things in your inbox?
a greeting message from a friendly ex-SAS...hehehe

11.Do you tend to make the relationship complicated?
ya, kadang-ladang...tapi aku pulak yang pening...

12.Are you wearing anything borrowed from anyone?
takde... wei! ni soalan peribadi!!

13.What was the last movie you caught?
Pontianak Harum Sundal Malam 2

14.What are you proud of?
janggutku...

15.What does the oldest text msg in your inbox say?
a message from my teacher
(Hah! Zuhdi? Nk berkenalan? Boleh.. Apa salahnye.. Tp, tk takut kena marah ke? Amboi.. Org dah merdeka, takde keje la tu..)

16.What was the last song you sang out loud?
Muse - Hysteria

17.Do you have any nicknames?
Madzuh...

18.What does the newest text say and from who?
" Zuhdi, kau tepon aku nantila, aku tengah nak usha awek"
from Ax(bukan nama sebenar)

19.What time did you go to bed last night?
3:35 am

20.Are you currently happy?
not really...

21.Who gives you the best advise?
my mother...

22.Do you eat whipped cream straight from the can?
I don't know what is that....

23.Who did you talk on the phone last night?
nobody...

24.Is something bugging you now
yes, i'm in loneliness...

25.Who was the last person to make you laugh?
adikku..

Friday, February 13, 2009

Kembali ke SEMSAS...

BY zuhdi IN , , , , , , , 9 comments

Salam sejahtera buat semua pembaca setia blog ini yang terdiri daripada ahli keluargaku, sahabat-handai serta guru-guruku. Alhamdulillah, aku kembali menulis lagi setelah sekian lama mendiamkan diri.

Bebaru ini aku ada melawat kembali sekolah lamaku, SEMSAS di Kuantan.. Sungguh banyak kenangan manis dapat ku perolehi.. Baiklah, aku akan mulakan dengan hari pertama perjalananku, iaitu pada hari Jumaat bersamaan 06 Februari. Aku dan dua orang lagi rakanku, Asyraf(Acap) dan Hafizie(Tiger) mula bertolak dari Temerloh pada pukul 4.30 pm dengan menaiki bas. Setibanya kami di Taman Tas, Asyraf memberitahu hasratnya untuk mencuci gambar, lalu kami pergi ke kedai gambar yang berdekatan. Selang beberapa minit kemudian, aku pun merasa ingin mencuci gambar, lalu aku pun mula memilih beberapa gambar dari dalam pen driveku untuk di cuci. Tiba-tiba, si Tiger mengeluarkan sesuatu yang agak menarik perhatianku dari begnya. Tanpa membuang masa, aku terus mencubanya dan inilah hasilnya...

Lihatlah rambut baruku, menarikkan... hihihi!

Aku telah menunjukkan gambar ini kepada beberapa orang dan mereka amat merasa terkejut! Ada yang kehairanan dan ada juga ketawa terbahak-bahak. Sebenarnya, itu hanyalah rambut palsu, nampak real kan...
Ok, kita kembali semula kepada kisah tadi. Aku, Acap dan Tiger mula melangkah masuk ke dalam kawasan SEMSAS. Perasaan gembira dan teruja dapat kurasai dalam diriku kerana sudah sekian lama aku tidak menjejakkan kaki ke sekolah, sejak berakhirnya SPM pada tahun lepas. Ketika kami melewati padang, kulihat beberapa orang kawanku yang lain sudah sampai iaitu, Ehsan, Shaufee dan Hakim(Balau). Cikgu Zulkizan dan Cikgu Salasun juga turut berada di situ. Kami menggunakan kesempatan ini untuk bersalam-salaman. Si Iziffi sampai agak lewat disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan. Pada malam itu, aku dan rakan-rakanku berpakat untuk bermalam di rumah warden asrama, Abang Hafiz. Aktiviti merentas desa akan diadakan pada hari esok dan cikgu Rohana ditugaskan untuk menjaga check point bersama cikgu Yuslina. Cikgu Rohana mengajakku menenemaninya ketika bertugas dan sudah tentulah aku bersetuju untuk mengikutinya.

Pada keesokan harinya, aku bangun seawal pukul 5.30 am dan aku mula merayau-rayau di asrama untuk melihat bebudak SEMSAS yang masih lena dibuai mimpi. Mereka diwajibkan untuk memakai pyjamas ketika tidur, sungguh lawak...Kemudian, pada pukul lebih kurang 7.15 am, cikgu Rohana memberitahuku bahawa di sudah berada di kantin sekolah. Aku pun berlari keanak-anakan dari asrama ke kantin untuk berjumpa dengannya. Rasa excited jugalah. Cikgu tersenyum apabila melihatku dari jauh lalu memanggilku. Kemudian, cikgu membelanjaku sarapan. Terdapat beberapa orang guru di situ seperti cikgu Yanti, cikgu Yuslina, cikgu Aini dan ramai lagi. Setelah bersarapan aku sempat berjumpa dan berborak dengan guru BMku, cikgu Aisyah. Nasib baik cikgu Aisyah masih mengingati aku. Tidak lama kemudian, aku, cikgu Rohana dan cikgu Yuslina mula bertolak ke tempat check point.

Di tempat check point, aku juga ader terserempak dengan cikgu lain seperti cikgu Asrul, cikgu Hakimi serta Ustaz Fuad yang membonceng Benjamin di belakangnya. Benjamin merupakan seorang warga Jerman yang dibayar untuk mengajar di Malaysia. Namun, apa yang melucukan ialah dia lebih terkenal dengan panggilan Amin oleh pelajar SEMSAS. Ketika berada di situ juga, ramai adik juniorku yang sedang berlari menghulurkan tangan untuk bersalam denganku. Bagus, nampaknya aku masih tidak dilupakan oleh mereka walaupun sudah lama aku meninggalkan sekolahku. Sesudah tamatnya aktiviti merentas desa, aku pergi ke padang sekolah. Cikgu Rohana sempat berpesan kepadaku supaya pergi ke bilik guru pada waktu tengah hari untuk menolongnya mengemas meja. Di padang, aku dapat bertemu dengan cikgu Fauzati yang merupakan kaunselor di sekolahku. Di situ juga cikgu Bestarinah melambai kepadaku apabila dia melihat diriku. Masih dengan senyumannya yang menawan. Cikgu Rapidah pula sedang sibuk berbual dengan bebudak Apollo. Shaufee, Iziffi dan Balau turut berada di situ. Kemudian, aku juga sempat berjumpa dengan Cikgu Hasmawati serta Cikgu Anum.

Pada waktu tengah hari, aku pergi ke bilik guru. Blogku mendapat komen yang agak baik dari cikgu Rohana. Syukurlah. Selang beberapa minit kemudian, cikgu Amir meminta pertolonganku untuk mereka-bentuk logo Festival Wind Orchestra. Pening juga dibuatnya. Cikgu Hamdan dan pengetua juga turut serta untuk memberikan komen dan cadangan mengenai logo itu. Kemudian, Abang Hafiz membelanja aku dan rakan-rakan makan tengah hari di Taman Tas. Kami pergi ke Parkson di East Coast Mall untuk berjumpa si Luqmal yang bekerja di situ.

Pada sebelah malamnya, Acap dan Tiger ke Taman Tas untuk makan malam di rumah Mak Cik Limah. Aku tidak mengikuti mereka kerana cikgu Bestarinah sudah berjanji untuk membawaku keluar makan. Aku menunggu cikgu selama lebih kurang 2 jam setengah. Rupa-rupanya cikgu tertidur kesan daripada ubat painkiller yang dimakannya. Cikgu mungkin tidak dapat membawaku keluar makan. Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam. Perutku sudah mula berkeroncong dan aku tidak mempunyai pilihan lain, melainkan aku keluar seorang diri. Ketika aku sedang berjalan keluar, tiba-tiba cikgu Bestarinah menelefonku. Cikgu mengubah fikirannya dan mahu membawaku keluar. Alangkah gembiranya hatiku!!. Kami pergi ke kedai makan yang berdekatan dengan lapangan terbang. Seronok juga berborak dengan cikgu Bestarinah ketika sedang makan. Cikgu ada cakap yang dia sangat mengidamkan iPhone. Aku punyalah kesian melihat keinginannya, lalu dengan selambanya aku berkata yang aku akan membelikannya sebuah iPhone untuknya pada masa akan datang. Terbeliak mata cikgu dan aku tahu dia agak teruja mendengarnya, tapi tak mengapa asalkan aku dapat menyedapkan hatinya itu.

Pada keesokan harinya, iaitu hari Ahad, aku, Acap dan tiger ke rumah bonda Norliza. Bonda kurang sihat, sudah berapa hari dia tidak datang ke sekolah dan hanya berehat di rumah. kami berborak dengan bonda, dan sebelum beredar aku sempat menyerahkan kepadanya beberapa keping gambar kenanganku bersamanya. Ketika kembali ke asrama, aktiviti gotong-royong membbersihkan kawasan asrama dan surau sedang dijalankan. Kami berbual dengan cikgu Yanti di bilik gerakan asrama. Si Luqman (Panjang) turut melawat asrama tidak lama kemudian. Pada pukul lebih kurang 11.00 am, kami mula berkemas dan bersiap untuk meninggalkan SEMSAS. Abang Hafiz meminjam kereta cikgu Yanti, untuk menghantar kami ke terminal Kuantan. Ketika hendak keluar, kami bertemu cikgu Jeffri yang masih sempat melawak dan bergurau-senda bersama kami. Setelah membeli tiket ke Temerloh, pukul 8.00 malam, kami menggunakan masa yang ada untuk berjalan di Megamall, Kuantan Parade, dan East Coast Mall. Terdapat beberapa bebudak batch kami, yang sempat ditemui seperti Ehsan, Izham serta Asmaliza dan mereka sedang bekerja ketika itu. Kemudian kami bertolak pulang dengan menaiki bas ke Temerloh pada malamnya. Fuhh! Letih tapi seronok...

Setelah penat menulis, aku membuat keputusan untuk mempamerkan beberapa gambar kenangan pada tahun lepas ketika aku masih berada di SEMSAS, untuk tatapan semua. Baik punya gambar...

Sekolahku, dalam kenangan...
Cikgu-cikgu serta Ex-sas
Ha, tekan lagi!!
Bersukan bersama cikgu Hamdan dan lain-lain..
Cikgu rumah Skylab, En. Hakimi
Bersama Puan Azizah...
Cikgu Yanti, warden asrama...
Guru mathsku, cikgu Rohana...
Menghirup sup bersama Bonda Norliza...
My english teacher, Miss Bestarinah..
Cikgu Jeffri dan Bonda
Bebudak batchku, Cavaliers 0408
Tengah belajar nih!!
Barisan pemimpin 2008
Guru subjek Biology, Puan Hasmawati
Woih! Berposing pulak dekat bas sekolah!!
Etika berpakaian di surau, yang berbaju melayu hijau...
Asramaku, rumahku jua...
Pakaian hari Jumaat, baju Melayu putih, songkok dan sampin...
Gaya korporat..
Kak Linda a.k.a the Koop Manager
Bersama si Aiman(wonggek)
Hafizuddeen, si Ruzaini(jeruk) dan aku
Budak perempuan pun ade.. Masuk lagi ramai-ramai...
Lagi gambar perempuan... Tempat parking bas sekolah..
Si Jamil dan aku...
Berdebar-debar rasanya..Lagi gambar di surau..Sedang mengecat di surau SEMSAS...
Di surau lagi...
Tengah ade kelas nih!! Masih boleh sengih...
Dewan Al-Khawarizmi..
Macam-macam pose..
Amboi, kacak bergaya..
Lagi kita bergambar di meja pula..
Depan dorm..Surau ar-Rasyidin..
Gambar candid si Asyran dan Wonggek...
Alamakkk, bergambar dengan Sabri dan Afiq..
Senyum lagi..
Gaya apakah ini??Dewan makan Sri Pahang..
Tengah makan...
Ohhh, bergambar lagi..
Pemandangan di asrama...Damai 6, unite!!
Hisap lollipop?
Sapa punya loker nih? Sapa lagi kalu bukan Zuhdi yang punya..
Keadaan mejaku... Tenat!! I'm sori...

Baiklah, sekian sahaja untuk kali ini. Aku ingin minta maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan dalam penulisanku. Bertemu lagi kita pada masa hadapan, jika diizinkan. Terima kasih kerana sudi membaca.