Monday, January 19, 2009

Latest Edition! The Revolution of Digital Arts...

BY zuhdi IN , , , , , 7 comments

Hai anda semua, apa di atas? ataupun dalam bahasa inggerisnya berbunyi (what's up?)...

Fuhh! Agak lama juga aku tak update blog ni.. Disebabkan kebosanan yang teramat sangat berada di rumah, aku pun bukak laptop dan mula berkarya.. Disini ade aku selitkan beberapa karyaku yang sudah disiapkan...


Biar aku beri sedikit penerangan mengenai wallpaper di atas..Baiklah, wallpaper ni aku design khas untuk batch aku di SEMSAS, Cavaliers 04-08.. Untuk pengetahuan semua, ini merupakan karyaku yang mengambil masa paling lama untuk disiapkan. Hampir seminggu kalau tak silap.. Jika ada mana-mana ahli batchku yang berminat untuk mendapatkannya anda boleh hubungi aku.


Ini merupakan gambar yang aku edit. Gambar ni diambil semasa aku masih berada di asrama SEMSAS. Pastu background kat belakang tu aku ubah sikit dengan menambah beberapa vector elements di situ.


Logo yang ade kat tengah-tengah tu merupakan logo batch aku. Logo ni banyak digunakan di internet, contonhya di Friendster, Myspace dan Facebook sebagai logo untuk group batch aku. Aku tambah sikit glow effects dekat tengah keychain tu supaya ia nampak menarik...

Baiklah, aku rasa cukuplah dulu setakat ini. Kalau tiada aral melintang, aku akan cuba update blog ni lagi pada masa akan datang. Terima kasih...