Tuesday, December 29, 2009

Orang Bujang La Katakan..

BY zuhdi 4 comments

[ Hari ni saya nak pergi beli no pin upu kat BSN di Temerloh.. cuak rasanya, entah camne la prosedur masa nak beli no pin tu.. harap-harap akak kat kaunter tu cun, senang sket nak tanya dia an.. silap haribulan dia bagi no enset dia sekali.. hehehe..]


notalutut - agak gatal ya di situ..

Friday, December 18, 2009

Semester Pertama di UiTM Kuantan..

BY zuhdi IN , , , , , 3 comments

Hmm...


Seperti yang telah saya janjikan sebelum ini, saya akan membawa semua pembaca blog ini menyelami kisah kehidupan saya dan rakan-rakan di Universiti Teknologi MARA, Kuantan ya..

Saya kurang menaip ya sekarang ni, jadi untuk post kali ini saya lebih banyak upload gambar-gambar untuk tatapan anda semua..


Bergambar bersama rakan-rakan di depan kampus.

Masih boleh tersengih-sengih dalam bilik kuliah..

Kuliah komputer..

Berada di kampus Bukit Sekilau..

Ade sedikit taklimat di dewan ya..

Berseorangan di tepi pantai..

Bersiar-siar sambil mengorat di Taman Gelora..

Di dining hall..

Dalam kenangan, bergambar dengan Syahmi dan Syazwan, mereka dah pindah ke maktab pun..

Semua muka belum mandi lagi ni, rambut agak serabai pastu lepak atas katil..

Berada di dalam bilik ni..


Ok, cukuplah sekadar itu buat masa ni.. Atas permintaan ramai, saya akan cuba meng-update blog ini dengan lebih kerap di masa akan datang ya..hehehe.. Tapi kalau lambat jugak update, sowieee!!

Thursday, October 22, 2009

Blogger Kontroversi Kini Kembali Menaip...

BY zuhdi IN , , , 20 comments

Setelah kembali dari misi menyelamatkan dunia, kini saya kembali menyentuh keyboard. Saya mendapat tahu, ramai pembaca blog ini mengalami kerisauan yang teramat sangat apabila mengetahui saya terlibat dalam kemalangan beberapa bulan yang lalu. Jangan risau, keadaan saya kini sudah sihat seperti sediakala. Walaupun terdapat beberapa parut pada tubuh saya, tidak mengapa, ia sebagai tanda peringatan bahawa kita perlu lebih berhati-hati apabila berada di jalanraya.

Status saya sekarang masih lagi bujang, single dan belum berkahwin. Kini, saya bergelar seorang pelajar jurusan Asasi TESL di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kuantan, Pahang. Saya sudah pun menamatkan semester pertama di universiti itu dan sedang menikmati cuti di rumah.


Ini antara gambar terbaru saya di UiTM Kuantan.

Ini pula di Taman Gelora..

Dalam bilik kuliah kot..

Baiklah, pada kali ini, saya ingin mendedahkan keputusan undian yang diletakkan di blog ini sejak beberapa bulan yang lalu.. Undian ini dibuka untuk semua pengunjung blog saya, dan ia telah pun ditutup pada 22/09/2009. Keputusannya adalah seperti berikut..

Zuhdi Johan adalah seorang yang...

Bagus
17 undi (17%)
Kelakar
26 undi (26%)
Aneh
39 undi (40%)
Baik
20 undi (20%)
Jahat
9 undi (9%)
Menarik
19 undi (19%)
Mesra
19 undi (19%)
Memeningkan
10 undi (10%)
Suka Membantu
6 undi (6%)
Panas Baran
6 undi (6%)
Menyusahkan
18 undi (18%)
Kreatif
21 undi (21%)


Secara keseluruhannya, terdapat lebih kurang 97 orang telah mengundi. Setelah meneliti keputusan undian ini, saya mendapati bahawa pembaca blog saya lebih cenderung untuk mengundi saya sebagai seorang yang aneh. Persoalannya..

Adakah benar saya seorang yang aneh?

Apakah yang menyebabkan saya dianggap sebagai seorang yang aneh?

Adakah itu satu kesalahan jika saya ini aneh?

Agak memeranjatkan disini ya.. Hehe..

Tidak mengapa, selepas ini saya akan membawakan pula kepada anda kisah mengenai suasana kehidupan pelajar universiti. Nantikannya...

Thursday, May 21, 2009

Saya terlibat dalam kemalangan...

BY zuhdi 65 comments

Pada 18/05/09, hari Isnin, saya telah pergi ke Kuantan. Saya bertolak dari Temerloh dengan menaiki motosikal yang dibawa abang saya. Tujuan utama kami ke Kuantan ialah untuk mengambil duit di Yayasan Pahang.

Kemudian, setelah urusan di Yayasan Pahang selesai, kami berdua pergi makan tengahari di Megamall. Pada sebelah petangnya, saya memberitahu abang saya untuk menaiki bas sahaja pulang ke rumah. Abang saya ok sahaja, kerana dia faham perjalanan menaiki motosikal sungguh memenatkan, lagipun cuaca pada waktu tersebut juga tidak mengizinkan.


Saya pergi ke kaunter tiket Transnasional untuk menempah tiket. Saya diberitahu tiket Kuantan-Temerloh yang paling awal ialah pada pukul 8.00 malam, lalu saya terus membelinya.. Jam menunjukkan pukul 6.15 petang, dan saya menggunakan masa yang ada untuk menunaikan solat Asar di surau Terminal Makmur. Kemudian saya menghabiskan masa sambil berjalan-jalan di kawasan sekitar terminal.


Pada pukul 7.25 saya makan malam di restoran berdekatan. Kemudian, saya mula ke surau terminal untuk solat Maghrib. Saya sudah berada di atas bas pada pukul 7.55 malam. Bas bertolak beberapa minit kemudian. Saya tertidur setelah lebih 20 minit berada di atas bas..

Tiba-tiba, bas yang saya naiki bertembung dengan sebuah lori semasa di Gambang. Saya terjaga, tetapi muka saya sudah berlumuran dengan darah. Ada orang mengusung saya keluar dari bas. Saya dibaringkan di atas tanah.


Saya bernasib baik kerana terdapat seorang gadis sudi menemani saya, sementara menunggu ketibaan ambulans. Gadis tersebut menelefon ayah saya dan memberitahu keadaan saya. Ketika itu, saya masih mamai, maka wajah gadis itu tidak dapat saya ingat lagi. Bagaimanapun, saya sangat berterima kasih atas jasanya itu.

Setibanya di Hospital Tengku Ampuan Afzan(HTAA) , saya dimasukkan ke dalam wad. Impak dari kemalangan itu, saya mengalami luka yang banyak di bahagian kepala, leher, tangan, lengan, siku dan lutut. Darah mengalir deras di baju dan seluar saya. Jururawat dan doktor sedang berusaha membersihkan luka-luka saya.

Ayah dan abang saya sampai pada malam itu juga, manakala emak, atuk serta ahli keluarga saya yang lain sampai pada keesokan harinya. Saya menerima beberapa jahitan di dahi, siku, dan lengan. Saya keluar dari HTAA pada 19/05/09, hari Selasa..

Saya mendapat tahu, dua orang terbunuh dalam kemalangan itu, dan enam orang lagi cedera parah.
Beginialah keadaan bas yang saya naiki selepas kemalangan itu.. Ini pula keadaan lori yang merempuh bas yang dinaiki saya.. Bagaimana pula dengan keadaan saya? Baiklah, saya siarkan juga, beberapa keping gambar kecederaan yang dialami saya..Terima kasih kepada Fizie(Tiger) kerana sudi mengambil gambar-gambar ini untuk saya menggunakan ensetnya..
Saya bersyukur kepada tuhan, kerana masih bernyawa dan diberi peluang untuk melihat dunia setelah kemalangan tersebut terjadi kepada saya. Terima kasih diucapkan kepada keluarga saya, yang sentiasa berada di sisi untuk memberikan sokongan kepada saya.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua individu yang telah membantu saya sama ada secara langsung atau tidak langsung ketika peristiwa tersebut berlaku. Dan akhir sekali, kepada semua pembaca belog saya, teruskan membaca, jumpa lagi pada masa akan datang..


Tuesday, May 12, 2009

Kepada semua followers blog saya...

BY zuhdi IN , , 26 comments

Saya baru balik bertapa dari Gua Musang Berjanggut nih..

Baru-baru ni saya dihantui satu masalah yang menyebabkan saya terpaksa mengembara ke situ bagi mencari jalan penyelasaiannya..

Masalah itu ialah ;

Bagaimana caranya kalau saya boleh senantiasa berhubungan dengan anda semua followers blog saya ni?

Hmm, sambil-sambil memikirkan masalah yang melanda diri ini, sempat juga saya melahap beberapa peket mee Sedapp yang dibeli di supermarket berdekatan..

Tiba-tiba si Dewa Kambing Gurun Bertanduk Tujuh hantar sms kat saya..

"Wahai, Zuhdi, apa kata kamu suruh je semua followers kamu tu letak alamat blog diorang masa komen artikel ni nanti.. Senang sket kamu nak jejak diorang semua.."

Saya terus melompat katak dari tempat persilaan lalu men-transfer kredit airtime Xpax sebanyak RM5 kepada dewa itu, atas kerana idea bernas yang diberinya..

Jadi, saya ingin memohon kerjasama semua bloggers yang telah mem-follow blog saya agar meletakkan alamat blog masing-masing semasa mengkomen artikel ini ya..

Nanti senanglah saya nak melawat blog anda semua.. Lagipun, dengan berbuat macam tu, saya dan followers blog ini juga boleh sentiasa bersentuhan (keep in touch)..

Ok, saya ade hal nak ke Kuantan pula lepas ni!! Jadi, saya harap anda semua followers blog ni boleh mula berlatih menaip alamat blog masing-masing di ruangan komen ye..

Thursday, April 30, 2009

Aduan Seorang Budak Kecil...

BY zuhdi IN , , , , , , , , , , 20 comments

Petang itu sungguh damai..

Tiba-tiba, saya terdengar adik saya yang paling kecil, si Zaid mengadu kat mak saya..

Bunyinya macam ini..


Mama, Zuhdi memang selalu menyakat budak-budak kecik ke?



Kata-kata itu telah membuatkan saya berfikir sejenak.

Rasa-rasanya, apa salah saya?

Apa agaknya saya dah buat kat adik saya?

Patut ke dia cakap macam itu kat mak saya?

Siapa yang bersalah dalam hal ni, saya atau adik?

Inilah si Zaid, sedang tersenyum..

Hehehehe....

Setelah beberapa hari, saya rasa biarlah anda semua yang memberi pendapat tentang perkara ini kepada saya..

Sila beritahu apa yang anda fikirkan dengan berlatih menaip di ruangan komen ya..

Thursday, April 23, 2009

Gambar Masa Muda-mudi Dulu...

BY zuhdi IN , , , , , , , , , , , 28 comments

Kali ini, saya nak berkongsi dengan para pembaca semua, gambar-gambar masa silam saya, di mana keadaan saya pada masa tersebut amat berbeza dengan sekarang.

Pada waktu tersebut saya masih belum terlibat dalam kegiatan seperti merempit di kampung, gangster jalanan, ah long, peras ugut, buli hamster dan banyak lagi.

Muka pun masih agak bersih, tidak terdapat parut kesan bertumbuk dengan jerawat, atau luka kerana bergaduh dengan rakan-rakan sebaya...

Nak berjalan ke kedai membeli jajan atau makanan ringan sengsorang pun masih takut-takut lagi rasanya....

Baiklah, dengan ini saya merasmikan pertunjukan galeri gambar nostalgia zaman dulu-dulu masa saya masih kecil..

Rumah lama di Keratong Dua.. Ade sapa tak bayar hutang dengan saya? Nak kena sodok ngan bulldozer ke?

Mana yang lain, saya dibiarkan keseorangankah?

Saya dan abang saya, Zakwan Johan masa kecil..


Ini adalah antara posing saya yang paling pelik pernah di snap..

Masa raya di rumah aki.., rasa-rasanya yang mana satu saya?(baju t-shirt merah..)

Mandi ramai-ramai masa banjir di Kg. Bukit Lada

Keceburrr!!! Air bersembur...
Fuhh!! Sejuknya air nih!!

Sila tekan imej-imej di atas untuk pemandangan yang lebih luas..
Ataupun anda juga boleh la menukar desktop komputer anda untuk mendapatkan imej yang lebih besar..

Ini sahaja gambar yang ingin dikongsikan dengan anda semua untuk kali ini.. Dipersilakan memberi komen ye..

Ohh, ya, hari ini juga merupakan hari yang berbahagia bagi saya sebab buat pertama kalinya berjaya menggoreng nasi goreng dengan sendirinya.. Haha, sedap!! Sape nak boleh la datang ke rumah saya..

Terima kasih...

Wednesday, April 22, 2009

Agaknya...

BY zuhdi IN 4 comments

Hmmm, agaknya esok saya dah mula update blog ni ke??

Rasa-rasanye ye la kot..

Sesapa yang ade tag dan bagi award tu, jangan marah ye, sebab saya memang tak buat.. I'm sori...

Cuba check blog ni esok dalam pukul 8 atau 9 atau 10 am untuk entry terbaru ek..

Tapi kalau esok tak update gak camner?

Mungkin lusa, atau tulat, atau tubing kot??

Huahuahua...

Pssstt!! : Saya gurau je, tak usah risau, saya cuba la update blog ni esok..


Tuesday, April 14, 2009

Notis Pemberitahuan...

BY zuhdi IN , , , 8 comments

Hai, semua.. Ini hanyalah pesanan ringkas dari saya.. Selepas ini, saya akan bertolak ke Kuantan.. Saya telah dijemput oleh guru-guru di SEMSAS untuk membantu mereka, dalam persiapan menghadapi pertandingan Wind Orchestra.. Jadi, saya mungkin tidak dapat dihubungi dalam masa lima hari.. Ok, saya tak lama dah ni... Kejap lagi bas saya nak sampai la.. Saya nak ucapkan semoga berjaya tidak kira apa jua yang anda lakukan kepada semua... Hmm, minta maaf, jika tak dapat nak reply komen dan pesanan dari para pembaca sekalian.. Sekembalinya saya nanti, saya akan bawakan artikel yang menarik lagi untuk anda semua.. Nantikannya.. Jaga diri baik-baik.. Selamat tinggal ya, semua..


Tuesday, April 07, 2009

Hamster-hamsterku Dah Pandai Bergambar??

BY zuhdi IN , , , , , , 44 comments

Salam sejahtera kepada anda semua, pembaca blog ini..
Apa khabar? Sihat?
Kalau tak sihat makan ubat ye..

Now, Zuhdi is back!!.. Sebenarnya, saya agak gembira, kerana artikel terdahulu, telah mendapat sambutan yang agak hangat dari pembaca.. Ketika post ini ditulis, bilangan comment pada artikel tersebut telah mencecah 40 buah comment .

Sebelum kita pergi ke topik kali ini, saya nak tanya, ade tak mana-mana pembaca sedar perubahan yang saya bawa dari segi penulisan blog ini? Baiklah, setelah menimbangkan dari semua aspek, Zuhdi akan menggunakan gaya bahasa yang lebih sopan, ramah dan mesra untuk setiap post selepas ini. Hal ini kerana pembaca blog ini bukan sahaja terdiri rakan-rakan sebaya, malah guru-guru saya, akak dan abang blogger, Ex-SAS, serta ramai lagi yang lebih tua dari saya.

Untuk kali ini, atas permintaan ramai , saya ade selitkan gambar-gambar hamster yang berjaya diambil... Anda semua tengokla puas-puas..Hanya gambar yang terbaik dari ladang saje disiarkan.. ekekeke...

Setelah berhempas-pulas mendapatkan pose yang terbaik, akhirnya berjaya juga.. Beri tepukan kepada hamster nih!! Merupakan hamster jantan yang paling tua, dan besar juga saiznya..

Si ibu hamster ini sedang mengumpulkan makanan untuk anak-anaknya..

Hamster yang ni pulak, memang liat nak bergambar.. Lincah betul.. Last-last snap jela dari angle memana pun..

Apa yang sedang dilakukan hamster nih? Merenung masa depan agaknya.. hehehe..

Inilah jadinya kalau dah penat sangat!! Tido la wahai hamsterku..

Last but not least, ini pula merupakan anak hamster yang baru sahaja dapat membuka matanya. Masih lagi kecil, pergerakannya agak perlahan, but it already learns how to eat.

Itulah sebahagian dari gambar hamster yang saya ingin kongsikan.. Semoga anda semua terhibur, dan silalah beri komen anda setelah melihat gambar-gambar ini.. I'm waiting your feedback!!

Syukurlah, kini blog saya sudah mempunyai lebih 100 followers( still counting) dan telah dilawati lebih dari 3000 kali.. For me, managing a blog is not easy, tapi dengan kehadiran anda semua, saya rasa bersemangat dan excited!! Jadi, saya akan buat apa yang termampu untuk buatkan anda semua gembira, dan mahu membaca blog ini..

Apabila orang lain happy, secara tak langsung diri saya akan happy juga.. Dan di sini saya ingin minta maaf kepada para bloggers yang telah meng-tag, awards or something like that, sebab saya tak tunaikannya.. Sorry again, kerana perasaan semua pembaca blog ini juga harus saya jaga.. The end, sekian sahaja untuk kali ini, nantikan post terbaru saya pada masa akan datang..
Daaa...

Tuesday, March 17, 2009

Buah hati? Kekasih? Ohh!! Isu panas...

BY zuhdi IN , , , , , , 43 comments

Aku terkesima!!

Mengapa? Sila baca di bawah..

Bebaru ni kan, ade seseorang yang tidak dikenali buat miss call kat henset aku..
Lalu dengan selamba aku menalipon balik orang tu.. Tiba-tiba, kedengaran suara seorang perempuan.. Aku pun terus mengawal ke-hensem-an aku dan mula bercakap ngan si dia..

Beginilah lebih kurang dialog aku dan perempuan tu...

Aku : Elo, siapa ni?

Perempuan tu : Hai, Zubair(adik aku) ade tak?

Aku : Zubair takde, ni abangnya yang tengah cakap..

Perempuan tu : Ohhh, boleh bagi nombor hensetnya?

Aku : Si Zubair tu muda lagi, jadi mana ade henset.. Kamu ni siapa?

Perempuan tu : La dia takde henset ke..Saya ni girlfriend dia.. Kami kenal masa di kem( Jati diri) dulu..

Aku : Wah, si Zubair ni dah ade awek rupanya.. Aku yang dah tua ni pun masih tak berpunya..
Ceh!!

Perempuann tu : Hahaha..


Dapat aku simpulkan di sini, bahawa ramai adik-beradik ku yang sudah mempunyai kekasih hati... Sedangkan adik aku yang masih di berada di bangku sekolah, darjah enam tu pun dah ade awek.. Abang dan kakakku, apatah lagi... Berkepit jela dengan henset.. Aku pula, walaupun sudah menamatkan zaman persekolahan menengahku, namun aku masih tidak mempunyai buah hati..

Persoalannya..

Adakah aku ketinggalan?

Bagaimana pula dengan perasaanku?

Apa salahku?

Mungkinkah juga aku akan mencari seseorang kekasih selepas ini?

Pada pendapatku, buat masa ni tak perlulah aku melibatkan diri dalam perkara-perkara seperti ber-kekasih-an, couple, jiwang-jiwang ini semua.. Biarla setakat aku berangan ajer..Hehehe..
Aku sudah cukup gembira dengan kehidupan ku sekarang kerana keluargaku sentiasa memberikan dorongan kepadaku supaya berjaya..

Aku juga sangat bersyukur kerana guru-guruku juga selalu bermurah-hati untuk menjadi tempatku meluahkan perasaan, walaupun aku sudah meninggalkan sekolahku, SEMSAS.. Aku rindu pada mereka semua..

Kepada semua rakan-rakan sebatch, seblogger, se-YM, dan semua yang mengenali diriku, terima kasih kerana dengan kehadiran anda semua, kehidupan seharian ku sentiasa sibuk dan dipenuhi dengan perkara yang menyeronokkan..

Terima kasih juga aku tujukan kepada hamster-hamsterku, yang berusaha mengekalkan kecomelan mereka agar dapat ku usap setiap hari.. Nanti aku belanja kuaci lagi..hehehe..

Ok, cukuplah setakat ini, dan aku ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pembaca blog ini, teruskan membaca.. Aku akan terus menyajikan anda semua dengan kisah-kisah terbaruku pada masa hadapan.. Jumpa lagi..


Wednesday, March 04, 2009

Aku terkena lagi!!!

BY zuhdi IN , , , , , 4 comments

Aku ingin mulakan hariku dengan senyuman, tetiba aku digemparkan dengan satu berita yang agak kurang manis...Rakan seblogger aku, si Arip Leman tu tagged aku. Hadoi, kena buat lagi la maknanya menda-menda tagged ni. Kalau ikutkan hati, aku malas je nak buat, tapi sebab aku pun dah kekeringan idea nak update blog ni, aku buat jela...Lagipun, soalan untuk kali ni agak berbeza berbanding yang tagged terdahulu...

Rules

1. List these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog.
3. Tell 6 unspectacular quirks of yours.
4. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
5. Link the person who tagged you.
6. Leave a comment for each blogger you've tagged.

7 Facts Of Myself

- Ahmad Zuhdi Johan...
- terkenal dengan panggilan Madzuh oleh rakan-rakan...
- selalu merayau-rayau di internet...
- meminati anime Bleach...
- masih single tapi tak pasti available ke tak...
- gemar bermain dengan hamster...
- tidak suka mencarut...

6 Unspectacular Quirks

- aku pakai no. Digi...
- tak pernah couple sejak dilahirkan...
- makan tidak mengikut jadual...
- sahabat-sahabat selalu buat miss call kat aku...
- suka tenung orang lain, pastu orang tu tenung balik kemudian entahla...
- selalu bermain sms dengan cikguku...

The Lucky One to be Tagged..

1. dah
2. tak
3. nak
4. tag
5. sesapa
6. lagi
7. hahaha...