Thursday, December 18, 2008

Latest Syllabus... Kenangan di SEMSAS.

BY zuhdi IN , , , , 5 comments


Baiklah, untuk kali ini aku akan bercerita sedikit mengenai perkara yang berlaku kepada diriku, persekitaranku, serta kehidupanku. Sebenarnya, sewaktu aku sedang menulis artikel ini, sudah genap berapa minggu entah SPM berakhir... Mungkin jika dilihat secara kasar, orang ramai akan berkata kepadaku, "Wah! Zuhdi, sukalah engkau, SPM dah habis" ataupun "Zuhdi, nampaknya kau dah bebas sekarang, yelah dah abis form five..." , dan kebanyakan orang akan meng anggap aku gembira...Namun, pada hakikatnya, aku tidaklah segembira mana pun.


Kenapa aku berkata begitu?? Kerana apabila SPM habis, ia merupakan salah satu titik besar dalam hidupku. Hal ini bermakna aku akan terpaksa meninggalkan sekolah kesayanganku, Sekolah Menengah Sultan Haji Ahmad Shah(SEMSAS), Kuantan setelah berakhirnya SPM. Sedih bukan kepalang dapat kurasai dalam hatiku apabila mengenang kembali bahawa sebenarnya sudah lima tahun aku bersekolah di sana. Aku ingat lagi hari pertama aku mendaftar di SEMSAS, waktu form one. Ketika kali pertama mula melangkah kaki masuk ke dormku di asrama, Damai 6, aku mula berkenalan dengan beberapa orang kawan sebaya. Seterusnya aku mula berjalan di kawasan sekolah bersama seorang kawan sebilik. Kemudian, kami singgah di kantin untuk membeli sedikit makanan.

Pada sebelah petangnya, semua pelajar form one diarahkan beratur di depan asrama. Masa itulah perkara yang lucu berlaku. Kawan-kawan yang lain mula menyedari bahawa mukaku telah bertukar menjadi pucat, biru lebam!! Barulah aku sedar sebenarnya aku tak makan tengah hari lagi rupanya. Hahaha... Dah panjang ya cerita kehidupan aku di SEMSAS walaupun baru menyentuh kisah hari pertama sepanjang lima tahun aku berada di sana.. Oklah, aku skip sampai aku naik ke tingkatan lima..



Sewaktu di tingkatan lima, banyak peristiwa yang berlaku kepadaku. Aku mengalami masalah dalam pelajaran. Ditambah pula dengan peristiwa sakit cirit-birit yang sangat lama terpaksaku hadapi dengan tabah. Namun, aku bersyukur kerana guru-guru di SEMSAS tetap membantuku untuk berjaya dalam pelajaran. Untuk pengetahuan anda semua, di sini ada diselitkan beberapa gambarku bersama guru-guru SEMSAS. Kawan-kawanku juga sentiasa berada di sisi untuk memberikan semangat. Hari yang dinantikan telah tiba, iaitu peperiksaan SPM. Aku dan rakan-rakanku, batch Cavaliers 04-08 menghadapinya dengan tenang. Kami saling bantu-membantu satu sama lain. Satu perkara yang dapat aku rasakan pada saat ini ialah jalinan ukhuwah yang sangat kukuh terbentuk dalam kalangan kami semua. Pergaduhan dan persengketaan sudah dilupakan dan hubungan kami semua semakin rapat. Nampaknya masing-masing telah sedar bahawa masa untuk kami semua ahli batch Cavaliers 04-08 bersama di SEMSAS sudah semakin singkat. Kami berjaya mengumpulkan segala kekuatan dan berganding bahu menghadapi perjuangan terakhir kami di SEMSAS.


Pada hari terakhir kami semua dapat bersama-sama, ramai yang menangis dan sedih kerana selepas ini kami semua akan berpisah dan pergi membawa diri mengikut haluan masing-masing. Aku turut berasa sedih kerana harus meninggalkan SEMSAS, sekolah kesayanganku. Aku akan sentiasa mengingati detik-detik manis aku bersama kawan-kawan. Jasa guru-guru di SEMSAS yang telah memberiku tunjuk ajar juga akan sentiasa kukenang. Tidak lupa juga kepada warga SEMSAS yang lain seperti pekerja am, tukang masak, pemandu bas dan ramai lagi yang telah banyak membantu. Di sini aku ingin menyatakan perasaan banggaku kerana dapat menjadi salah pelajar SEMSAS. Sudah banyak ilmu serta pengalaman yang dapatku perolehi semasa aku bersekolah di sini selama lima tahun.

Kini aku sedang berusaha untuk menjadi seorang insan yang berjaya di dunia dan akhirat di samping mencapai matlamat hidup yang kupelajari di SEMSAS, iaitu "Hidup Berjasa". Kepada semua kenalanku ahli batch SEMSAS, Cavaliers 04-08 yang ada membaca blogku ini, semoga berjaya dalam apa jua yang anda semua lakukan. Jika ada yang mahu gambar kenangan ahli batch kita di SEMSAS sila hubungi aku melalui e-mail ini, zeph_91@yahoo.com.my...
Terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa untuk membaca artikelku ini. Anda semua amatlah dialu-alukan. Sekian sahaja untuk penulisanku pada kali ini. Minta maaf jika ada berlakunya kesilapan dalam penulisanku ini kerana aku masih baru dalam bidang penulisan blog. Sekian, terima kasih. Jumpa lagi pada masa akan datang...


5 comments:

  1. fuh...

    panjang tol ko nyer cite ek...

    pape pun...


    GUD LARK IDUP!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. best... aku pun mcm tuh.. every year aku tak miss datang sekolah even aku duduk jauh.. memula memang la.. but life must go on, what u need to do is, always come to school and maybe, someday trying to help our junior and teacher at SEMSAS..

    p/s: kalo u nak tanya tip interbiu tuk scholarship, siler la tanya aku k.. no hal leh je nak berkongasi pengalaman..

    HIDUP BERJASA...

    ReplyDelete
  3. gambar pakai rambut palsu tu cute la... ala2 actor korea gitu... hehheheh

    ReplyDelete
  4. Sampaikan salam pada GTH (Great Teacher Hamdan)

    One of the best teacher in SEMSAS

    ReplyDelete

Mari kita berlatih menaip...